Thursday 25 April 2013

PEMIMPIN PENIPU, RAKYAT DIPERBODOHKAN


KUALA LUMPUR 24 April - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa sengaja berbohong berhubung isi kandungan surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) semata-mata untuk memastikan kedudukan beliau dan bapanya, Lim Kit Siang dalam parti tidak tergugat.
Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, usaha memutar belit fakta tersebut terpaksa dilakukan bagi mengelakkan pemimpin dan ahli DAP lain meletakkan kesilapan kiraan undi keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) ke atasnya seterusnya mendesak beliau melepaskan jawatan dalam parti.
“Beliau sudah mula risau akan hilang pengaruh dalam parti kerana terlalu mengambil mudah dan sombong dengan aduan ahli-ahli DAP kepada ROS sehingga mendapat arahan mengadakan pemilihan semula dalam tempoh sebulan.
“Guan Eng dan bapanya juga takut andai ROS meneruskan siasatan terhadap aduan terdapat unsur penipuan dan manipulasi dalam pemilihan CEC, maka perbuatan tersebut terbongkar kepada umum, justeru anak beranak itu terpaksa ‘menangis’ depan media untuk dapat simpati," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini, pelbagai pihak melihat pucuk pimpinan DAP cuba mengambil kesempatan daripada isu kesilapan pengiraan undi pemilihan CEC yang berlangsung pada Disember lalu.
Para pemimpin tertinggi DAP menyalahkan ROS kononnya bertindak zalim sehingga tidak dapat bertanding menggunakan lambang parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun hakikatnya ROS tidak pernah menghalang DAP daripada menggunakan lambang sendiri.

SUMBER
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130425/po_12/Bohong-kandungan-surat-ROS-demi-kepentingan-peribadi#ixzz2RU0pQbFC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment