Sebagai menyahut ideologi muda mudi untuk berkongsi pendapat demi memartabat dan memperkasa agama dan bangsa..
Tuesday, 30 April 2013
Thursday, 25 April 2013
PEMIMPIN PENIPU, RAKYAT DIPERBODOHKAN
KUALA LUMPUR 24 April - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa sengaja berbohong berhubung isi kandungan surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) semata-mata untuk memastikan kedudukan beliau dan bapanya, Lim Kit Siang dalam parti tidak tergugat.
Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, usaha memutar belit fakta tersebut terpaksa dilakukan bagi mengelakkan pemimpin dan ahli DAP lain meletakkan kesilapan kiraan undi keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) ke atasnya seterusnya mendesak beliau melepaskan jawatan dalam parti.
Beliau sudah mula risau akan hilang pengaruh dalam parti kerana terlalu mengambil mudah dan sombong dengan aduan ahli-ahli DAP kepada ROS sehingga mendapat arahan mengadakan pemilihan semula dalam tempoh sebulan.
Guan Eng dan bapanya juga takut andai ROS meneruskan siasatan terhadap aduan terdapat unsur penipuan dan manipulasi dalam pemilihan CEC, maka perbuatan tersebut terbongkar kepada umum, justeru anak beranak itu terpaksa menangis depan media untuk dapat simpati," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini, pelbagai pihak melihat pucuk pimpinan DAP cuba mengambil kesempatan daripada isu kesilapan pengiraan undi pemilihan CEC yang berlangsung pada Disember lalu.
Para pemimpin tertinggi DAP menyalahkan ROS kononnya bertindak zalim sehingga tidak dapat bertanding menggunakan lambang parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun hakikatnya ROS tidak pernah menghalang DAP daripada menggunakan lambang sendiri.
SUMBER
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130425/po_12/Bohong-kandungan-surat-ROS-demi-kepentingan-peribadi#ixzz2RU0pQbFC
© Utusan Melayu (M) Bhd
NO HUDUD @ SELANGOR
SHAH ALAM 24 April — Ketika pemimpin Pas seperti Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.
DAP, satu lagi gabungan pakatan pembangkang, awal-awal lagi menentang cadangan itu.
Bercakap kepada pemberita hari ini, Abdul Khalid berkata hukum hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan seluruh rakyat Malaysia serta rakyat Selangor khususnya. "Hukum hudud merupakan prinsip Islam dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran di Selangor.
"Namun ia tidak dianggap sebagai satu ketetapan kerana rakyat di negara ini perlu mengikut apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Katanya, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang merupakan badan tertinggi agama Islam di Selangor, tidak pernah membuat apa-apa ketetapan berhubung cadangan itu. - BERNAMA
SUMBER: BERNAMA / UTUSAN MELAYU
SERAMMM.....TEROWONG MAUT PULAU PINANG.....
PULAU PINANG 24 April - Kira-kira 60 peratus daripada responden kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolak pembinaan terowong dasar laut oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Mereka berpendapat, penambahbaikan terhadap sistem pengangkutan awam sedia ada adalah lebih bermanfaat daripada membina terowong dan lebuh raya baharu.
Penyelidik Citizen Awareness Chant Group (Chant Group), Khoo Kay Peng berkata, dalam kaji selidik tersebut, sebanyak lapan soalan diajukan kepada 1,000 responden dari sekitar Persiaran Gurney, Pulau Tikus dan Tanjung Pinang yang bakal menerima kesan akibat projek berkenaan.
"Sebanyak 60 peratus responden memilih penambahbaikan pengangkutan awam berbanding pembinaan terowong dan jalan raya baharu seperti yang mahu dibangunkan oleh kerajaan negeri.
"40 peratus responden pula mengaku tidak tahu menahu mengenai projek tersebut manakala 75 peratus menyatakan tidak menerima sebarang maklumat lengkap daripada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Projek terowong dasar laut yang dirancang kerajaan DAP Pulau Pinang sepanjang 6.5 kilometer (km) dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam serta jalan pintas sepanjang 4.6 km dari Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Bandar Air Itam dan jalan empat lorong sepanjang 12 km menghubungkan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dibantah pelbagai pihak yang bimbang implikasi buruk terhadap penduduk dan alam sekitar negeri ini.
Kay Peng dalam pada itu menambah, kaji selidik berkenaan bukan dilakukan untuk mencetuskan rasa curiga rakyat terhadap projek tersebut tetapi mahu mendapatkan maklum balas daripada mereka.
"Lebih 70 peratus mengaku tidak menerima penerangan dari kerajaan negeri manakala mereka yang mengaku tahu pula, apabila ditanya mengenai lokasi, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.
"Apa yang lebih mengejutkan adalah 70 peratus daripada responden mengaku tidak tahu apabila ditanya mengenai kaedah pembayaran yang akan dilakukan dalam menampung kos projek tersebut.
"Perkara ini jelas kerana melibatkan integriti kerajaan negeri yang selama ini melaungkan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT)," ujarnya.
Sementara itu, Penasihat Chant Group, Profesor Jimmy Lim berkata, pihaknya tidak berniat untuk mengkritik tetapi berpendapat banyak kaedah lain yang boleh digunakan dalam mengatasi masalah kesesakan lalu lintas terutamanya di bahagian pulau.
"Pulau Pinang tidak boleh jadi seperti Singapura dan Hong Kong malah sangat berbeza. Bandar ini tidak dibangunkan untuk menerima kemasukan kenderaan yang banyak.
"Cuba lihat susun atur bangunannya. Jadi pihak berkuasa tempatan perlu lebih peka dan bijak dalam mencari jawapan kepada permasalahan sedia ada.
"Amat rugi sekiranya kita hilang Persiaran Gurney yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pemuliharaan bakau yang nyata tiada di Singapura dan Hong Kong," katanya.
SUMBER
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130425/po_09/Rakyat-P-Pinang-tolak-terowong#ixzz2RU09J1j2
© Utusan Melayu (M) Bhd
KAMI TAK NAK LABUR DI PULAU PINANG
PULAU PINANG 24 April - Kerajaan DAP Pulau Pinang terus gagal menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negeri ini sejak dua tahun lalu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow berkata, punca utama kemerosotan mendadak itu disebabkan kerajaan negeri tidak mempunyai polisi yang jelas dalam menarik pelabur asing.
"Pada 2010, Ketua Menteri, Lim Guan Eng boleh berbangga apabila negeri ini menerima FDI lebih RM12 bilion namun merosot kepada RM9 bilion pada 2011 dan terus merudum kepada lebih RM2 bilion sahaja pada tahun lepas.
"Pada dua bulan pertama tahun ini pula, keadaan tidak berubah apabila kemasukan FDI terus lesu dan dikhuatiri bakal memberi kesan kepada ekonomi negeri dan mengehadkan peluang pekerjaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Chang Yeow, situasi menjadi bertambah buruk pada tahun ini apabila Pulau Pinang hanya menerima RM59 juta FDI untuk tempoh dua bulan pertama manakala sebanyak RM291 juta merupakan pelaburan domestik seperti yang disiarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
"Jumlah keseluruhan hanya sebanyak RM350 juta dan cuma berada di tangga keempat. Ini mengundang persoalan besar tentang pengurusan ekonomi kerajaan negeri," katanya.
Guan Eng sebelum ini mengakui kemerosotan berkenaan namun menyifatkan sebagai perkara biasa kerana impak kemelesetan ekonomi global.
Mengenai penjelasan Guan Eng itu, Chang Yeow berkata, ia sekadar alasan untuk menutup kelemahan kerajaan negeri kerana hakikat sebenar ialah tiada langkah proaktif diambil untuk menarik FDI.
"Kalau Ketua Menteri kata begitu, kenapa Sarawak boleh mencatat FDI sehingga lebih RM2 bilion bagi dua bulan pertama tahun ini manakala Selangor mencatat RM173 juta FDI?," soalnya.
Menurutnya, walaupun berlaku kemerosotan ekonomi global, syarikat-syarikat gergasi dunia terus mengeluarkan produk terbaharu.
"BN pula mempunyai polisi jelas apabila kita merancang untuk memperkenalkan status pelaburan bebas selain mewujudkan enjin baharu ekonomi negeri melalui bidang perkhidmatan," ujarnya.
SUMBER
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130425/po_10/Pulau-Pinang-terus-gagal-tarik-pelabur#ixzz2RTzVvVmY
© Utusan Melayu (M) Bhd
MINTA IZIN DAP DULU LAH??
PULAU PINANG 24 April - DAP mempertikaikan tindakan Pas menerima kemasukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ke dalam parti itu.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Muhamad tidak layak untuk menyertai Pas sekali gus duduk di dalam pembangkang kerana mereka yang mempunyai rekod buruk tidak seharusnya diterima sebagai ahli dalam mana-mana parti.
"Itu pandangan peribadi saya memandangkan Muhamad mempunyai rekod buruk sepanjang bersama Barisan Nasional (BN) dahulu.
"Hanya mereka yang mempunyai rekod baik layak diterima untuk menyertai parti politik tidak kira pembangkang atau BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Isnin lalu, Muhammad secara rasmi menyertai Pas apabila menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu selepas beberapa tahun menyepikan diri dari arena politik sejak kalah ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan lalu.
Karpal turut menyuarakan rasa curiga terhadap tindakan bekas pemimpin BN itu dan menyifatkan penyertaannya dalam Pas sebagai tidak ikhlas.
"Saya tidak rasa beliau ikhlas kerana mungkin motif sebenarnya menyertai Pas kerana tidak mendapat apa yang dihajati dalam BN," ujarnya.
sumber
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130425/po_04/Karpal-pertikai-Mat-Taib-sertai-pembangkang#ixzz2RTz7VJqt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)