Wednesday 1 May 2013

PM LAKAR SEJARAH DI JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG



NAJIB Tun Razak menunjukkan tanda 1Malaysia kepada orang ramai selepas melawat Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung, Pulau Pinang semalam. Turut kelihatan Abdullah Ahmad Badawi (kiri). - UTUSAN/SAZALI CHE DIN


PULAU PINANG 30 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakar sejarah sebagai rakyat pertama merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang secara rasmi yang kini merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara.











Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja ke Pulau Pinang hari ini singgah meninjau perkembangan projek jambatan yang sudah menjangkau 94 peratus siap dan dijangka dibuka kepada umum pada September ini.
Perdana Menteri yang tiba di rentang tuju utama jambatan berkenaan kira-kira pukul 3.15 petang sempat beramah mesra dengan kakitangan Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd. (JKSB) dan menikmati hidangan minum petang di tengah-tengah jambatan berkenaan.
Terdahulu, Najib yang yang baru tiba dari Kedah merasmikan upacara merentasi jambatan berkenaan sebelum menyusuri hingga ke Batu Kawan, Seberang Perai.
Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Pengerusi JKSB, Tan Sri Sulaiman Mahboob; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.
Sementara itu, Pengarah Urusan JKSB, Datuk Ir. Dr. Ismail Mohamed Taib berkata, kehadiran Perdana Menteri sangat bermakna memandangkan kerja-kerja penyambungan jambatan di atas laut sepanjang 16.9 kilometer itu telah disiapkan.
"Dengan majlis ini, kita memberi keutamaan kepada Perdana Menteri untuk menyusuri jambatan secara rasmi dari Batu Maung di sebelah pulau hingga susur keluar di Batu Kawan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130501/dn_02/PM-lakar-sejarah-rentas-Jambatan-Kedua-PP#ixzz2S1uB39L7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment