Thursday 25 April 2013

PEMIMPIN PENIPU, RAKYAT DIPERBODOHKAN


KUALA LUMPUR 24 April - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa sengaja berbohong berhubung isi kandungan surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) semata-mata untuk memastikan kedudukan beliau dan bapanya, Lim Kit Siang dalam parti tidak tergugat.
Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, usaha memutar belit fakta tersebut terpaksa dilakukan bagi mengelakkan pemimpin dan ahli DAP lain meletakkan kesilapan kiraan undi keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) ke atasnya seterusnya mendesak beliau melepaskan jawatan dalam parti.
“Beliau sudah mula risau akan hilang pengaruh dalam parti kerana terlalu mengambil mudah dan sombong dengan aduan ahli-ahli DAP kepada ROS sehingga mendapat arahan mengadakan pemilihan semula dalam tempoh sebulan.
“Guan Eng dan bapanya juga takut andai ROS meneruskan siasatan terhadap aduan terdapat unsur penipuan dan manipulasi dalam pemilihan CEC, maka perbuatan tersebut terbongkar kepada umum, justeru anak beranak itu terpaksa ‘menangis’ depan media untuk dapat simpati," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini, pelbagai pihak melihat pucuk pimpinan DAP cuba mengambil kesempatan daripada isu kesilapan pengiraan undi pemilihan CEC yang berlangsung pada Disember lalu.
Para pemimpin tertinggi DAP menyalahkan ROS kononnya bertindak zalim sehingga tidak dapat bertanding menggunakan lambang parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun hakikatnya ROS tidak pernah menghalang DAP daripada menggunakan lambang sendiri.

SUMBER
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130425/po_12/Bohong-kandungan-surat-ROS-demi-kepentingan-peribadi#ixzz2RU0pQbFC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

NO HUDUD @ SELANGOR


SHAH ALAM 24 April — Ketika pemimpin Pas seperti Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.
DAP, satu lagi gabungan pakatan pembangkang, awal-awal lagi menentang cadangan itu.
Bercakap kepada pemberita hari ini, Abdul Khalid berkata hukum hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan seluruh rakyat Malaysia serta rakyat Selangor khususnya. "Hukum hudud merupakan prinsip Islam dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran di Selangor.
"Namun ia tidak dianggap sebagai satu ketetapan kerana rakyat di negara ini perlu mengikut apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Katanya, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang merupakan badan tertinggi agama Islam di Selangor, tidak pernah membuat apa-apa ketetapan berhubung cadangan itu. - BERNAMA

SUMBER: BERNAMA / UTUSAN MELAYU

SERAMMM.....TEROWONG MAUT PULAU PINANG.....


Mereka berpendapat, penambahbaikan terhadap sistem pengangkutan awam sedia ada adalah lebih bermanfaat daripada membina terowong dan lebuh raya baharu.
Penyelidik Citizen Awareness Chant Group (Chant Group), Khoo Kay Peng berkata, dalam kaji selidik tersebut, sebanyak lapan soalan diajukan kepada 1,000 responden dari sekitar Persiaran Gurney, Pulau Tikus dan Tanjung Pinang yang bakal menerima kesan akibat projek berkenaan.
"Sebanyak 60 peratus responden memilih penambahbaikan pengangkutan awam berbanding pembinaan terowong dan jalan raya baharu seperti yang mahu dibangunkan oleh kerajaan negeri.
"40 peratus responden pula mengaku tidak tahu menahu mengenai projek tersebut manakala 75 peratus menyatakan tidak menerima sebarang maklumat lengkap daripada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Projek terowong dasar laut yang dirancang kerajaan DAP Pulau Pinang sepanjang 6.5 kilometer (km) dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam serta jalan pintas sepanjang 4.6 km dari Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Bandar Air Itam dan jalan empat lorong sepanjang 12 km menghubungkan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dibantah pelbagai pihak yang bimbang implikasi buruk terhadap penduduk dan alam sekitar negeri ini.
Kay Peng dalam pada itu menambah, kaji selidik berkenaan bukan dilakukan untuk mencetuskan rasa curiga rakyat terhadap projek tersebut tetapi mahu mendapatkan maklum balas daripada mereka.
"Lebih 70 peratus mengaku tidak menerima penerangan dari kerajaan negeri manakala mereka yang mengaku tahu pula, apabila ditanya mengenai lokasi, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.
"Apa yang lebih mengejutkan adalah 70 peratus daripada responden mengaku tidak tahu apabila ditanya mengenai kaedah pembayaran yang akan dilakukan dalam menampung kos projek tersebut.
"Perkara ini jelas kerana melibatkan integriti kerajaan negeri yang selama ini melaungkan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT)," ujarnya.
Sementara itu, Penasihat Chant Group, Profesor Jimmy Lim berkata, pihaknya tidak berniat untuk mengkritik tetapi berpendapat banyak kaedah lain yang boleh digunakan dalam mengatasi masalah kesesakan lalu lintas terutamanya di bahagian pulau.
"Pulau Pinang tidak boleh jadi seperti Singapura dan Hong Kong malah sangat berbeza. Bandar ini tidak dibangunkan untuk menerima kemasukan kenderaan yang banyak.
"Cuba lihat susun atur bangunannya. Jadi pihak berkuasa tempatan perlu lebih peka dan bijak dalam mencari jawapan kepada permasalahan sedia ada.
"Amat rugi sekiranya kita hilang Persiaran Gurney yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pemuliharaan bakau yang nyata tiada di Singapura dan Hong Kong," katanya.

SUMBER
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130425/po_09/Rakyat-P-Pinang-tolak-terowong#ixzz2RU09J1j2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

KAMI TAK NAK LABUR DI PULAU PINANG



PULAU PINANG 24 April - Kerajaan DAP Pulau Pinang terus gagal menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negeri ini sejak dua tahun lalu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow berkata, punca utama kemerosotan mendadak itu disebabkan kerajaan negeri tidak mempunyai polisi yang jelas dalam menarik pelabur asing.
"Pada 2010, Ketua Menteri, Lim Guan Eng boleh berbangga apabila negeri ini menerima FDI lebih RM12 bilion namun merosot kepada RM9 bilion pada 2011 dan terus merudum kepada lebih RM2 bilion sahaja pada tahun lepas.
"Pada dua bulan pertama tahun ini pula, keadaan tidak berubah apabila kemasukan FDI terus lesu dan dikhuatiri bakal memberi kesan kepada ekonomi negeri dan mengehadkan peluang pekerjaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Chang Yeow, situasi menjadi bertambah buruk pada tahun ini apabila Pulau Pinang hanya menerima RM59 juta FDI untuk tempoh dua bulan pertama manakala sebanyak RM291 juta merupakan pelaburan domestik seperti yang disiarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
"Jumlah keseluruhan hanya sebanyak RM350 juta dan cuma berada di tangga keempat. Ini mengundang persoalan besar tentang pengurusan ekonomi kerajaan negeri," katanya.
Guan Eng sebelum ini mengakui kemerosotan berkenaan namun menyifatkan sebagai perkara biasa kerana impak kemelesetan ekonomi global.
Mengenai penjelasan Guan Eng itu, Chang Yeow berkata, ia sekadar alasan untuk menutup kelemahan kerajaan negeri kerana hakikat sebenar ialah tiada langkah proaktif diambil untuk menarik FDI.
"Kalau Ketua Menteri kata begitu, kenapa Sarawak boleh mencatat FDI sehingga lebih RM2 bilion bagi dua bulan pertama tahun ini manakala Selangor mencatat RM173 juta FDI?," soalnya.
Menurutnya, walaupun berlaku kemerosotan ekonomi global, syarikat-syarikat gergasi dunia terus mengeluarkan produk terbaharu.
"BN pula mempunyai polisi jelas apabila kita merancang untuk memperkenalkan status pelaburan bebas selain mewujudkan enjin baharu ekonomi negeri melalui bidang perkhidmatan," ujarnya.

SUMBER
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130425/po_10/Pulau-Pinang-terus-gagal-tarik-pelabur#ixzz2RTzVvVmY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MINTA IZIN DAP DULU LAH??


PULAU PINANG 24 April - DAP mempertikaikan tindakan Pas menerima kemasukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ke dalam parti itu.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Muhamad tidak layak untuk menyertai Pas sekali gus duduk di dalam pembangkang kerana mereka yang mempunyai rekod buruk tidak seharusnya diterima sebagai ahli dalam mana-mana parti.
"Itu pandangan peribadi saya memandangkan Muhamad mempunyai rekod buruk sepanjang bersama Barisan Nasional (BN) dahulu.
"Hanya mereka yang mempunyai rekod baik layak diterima untuk menyertai parti politik tidak kira pembangkang atau BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Isnin lalu, Muhammad secara rasmi menyertai Pas apabila menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu selepas beberapa tahun menyepikan diri dari arena politik sejak kalah ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan lalu.
Karpal turut menyuarakan rasa curiga terhadap tindakan bekas pemimpin BN itu dan menyifatkan penyertaannya dalam Pas sebagai tidak ikhlas.
"Saya tidak rasa beliau ikhlas kerana mungkin motif sebenarnya menyertai Pas kerana tidak mendapat apa yang dihajati dalam BN," ujarnya.

sumber
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130425/po_04/Karpal-pertikai-Mat-Taib-sertai-pembangkang#ixzz2RTz7VJqt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MALAYSIAN FIRST CHINESE PRIME MINISTER


HULU TERENGGANU 24 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pemimpin bukan Islam daripada parti sekutunya, DAP tidak layak menyandang jawatan pemimpin nombor satu negara kerana jawatan Perdana Menteri adalah hak mutlak orang Melayu beragama Islam.
Sebagai sebuah negara Islam katanya, sudah semestinya Perdana Menteri negara ini orang Islam bagi menjaga dasar-dasar yang berkaitan.
"Kalau di negara komunis, komunis pemimpinnya dan di negara kapitalis, kapitalislah pemimpinnya," katanya ketika menyampaikan ceramah di kediaman calon Pas bagi DUN Kuala Berang, Muhyidin Abdul Rasid di sini malam tadi.
Abdul Hadi berkata, bagaimanapun mana-mana menteri daripada kalangan bukan Islam boleh memegang jawatan itu mengikut kepakaran dalam bidang masing-masing.
"Ada menteri yang bukan Islam yang mahir bidang tertentu boleh dilantik jadi menteri dalam bidang masing-masing seperti kerja raya, galian tetapi nak lantik menteri bukan Islam untuk jaga masjid tak bolehlah," jelasnya.
Beliau seterusnya menolak dakwaan kononnya kerjasama Pas dengan DAP dalam pakatan pembangkang akan memberi peluang kepada pemimpin DAP dilantik sebagai Perdana Menteri.
Jelasnya, berdasarkan kesemua calon yang bertanding termasuk daripada BN atau pakatan pembangkang, tidak memungkinkan pemimpin DAP menjadi pemerintah.
"Daripada 222 kerusi Parlimen, BN tanding 221 kerusi, Pas 73 kerusi, DAP 50 kerusi dan PKR 99 kerusi.
"Pakatan pembangkang juga mengemukakan calon Islam Melayu seramai 145 orang, BN 131 orang manakala calon pakatan bukan Islam 77 orang, BN 91 orang. Jadi macam mana DAP nak perintah negara," ujarnya.

SUMBER
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130425/po_03/Jawatan-PM-hak-orang-Islam#ixzz2RTy8OyZN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

OVER MY DEAD BODY??


PULAU PINANG 24 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum berkenaan di negara ini.
Katanya, hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengikut Perlembagaan tidak ada apa-apa peruntukan yang menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.
“Dalam tahun 1988, lima hakim kanan Mahkamah Agung yang diketuai Tun Salleh Abas ketika itu telah memutuskan undang-undang yang terpakai dalam negara adalah undang-undang sekular.
“Jadi mana boleh dalam satu negara ada dua undang-undang. DAP menghormati apa yang terkandung dalam perlembagaan, oleh itu undang-undang Islam boleh diletakan di bawah kuasa Raja-Raja Melayu sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang bertegas mahu melaksanakan hudud sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sementara itu di Arau, mengulas perkara tersebut, Haron mengulangi ketegasannya untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini.
Menurut beliau, pendiriannya itu mengambil kira hukum hudud sebagai asas dalam perundangan Islam.
“Sebagaimana solat, ia perlu dilaksanakan," kata beliau selepas merasmikan Pesta Wau Kampung Kenangan, Simpang Empat dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Haron berkata, sekiranya pakatan pembangkang mendapat mandat memerintah negara ini, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat khas pakatan berkenaan.
Sehubungan itu, beliau tidak mahu membuat kenyataan lanjut dalam media massa berhubung isu tersebut untuk mengelakkan ‘perbalahan’ dalam kalangan pemimpin pakatan berkenaan.

SUMBER
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130425/po_01/DAP-tetap-bantah-hudud#ixzz2RTxvLSbN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

TOL SUNGAI NYIUR DIROBOHKAN???


Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa mungkir janji isu tol

BUTTERWORTH 31 Mac - Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya pandai menabur janji tetapi tidak pernah ditunaikan dalam tempoh lima tahun memerintah negeri itu.
Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang berkata, antara janji yang gagal ditunaikan kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng ialah meruntuhkan tol Sungai Nyiur.
"Guan Eng kata mereka akan menghapuskan bayaran di plaza tol ini sekiranya kerajaan Persekutuan tidak berbuat demikian dalam masa tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU Ke-12).
"Sekarang dah masuk lima tahun mereka perintah Pulau Pinang, namun kutipan tol ini masih berjalan seperti biasa dan pelbagai alasan diberi Guan Eng untuk menghalalkan tindakannya tidak merobohkan plaza tol ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa mengetuai kira-kira 30 orang membuat demonstrasi aman di plaza tol itu hari ini.
Yang turut hadir, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Puyu, Sum Yoo Keong dan Penyelaras DUN Bagan Dalam, M. Karuppanan.
Dalam demonstrasi itu, mereka turut memegang poster dan kain rentang membantah tindakan kerajaan DAP dan meminta agar plaza tol tersebut segera dirobohkan.
Menurut Teik Siang, kerajaan DAP ternyata tidak ikhlas untuk membantu rakyat sebaliknya hanya pandai bermain kata-kata dan mengubah fakta.
"Kami sanggup berpanas untuk mengadakan demonstrasi ini bagi memaklumkan kepada orang luar bahawa mereka harus berfikir semula jika mengatakan kerajaan DAP Pulau Pinang cemerlang di negeri ini," ujarnya.

SUMBER:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130401/po_13/Kerajaan-DAP-Pulau-Pinang-didakwa-mungkir-janji-isu-tol#ixzz2RTw9jGgv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PESANAN UNTUK PENGUNDI PULAU PINANG

Imbas Lalu

PRU12 telah memberi rezeki terkejut kepada GUAN ENG dan DAP di Pulau Pinang. DAP dan Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan di Pulau Pinang dan YB Lim Guan Eng, anak jati bukan Pulau Pinang di angkat menjadi Ketua Menteri. 

Tetapi, kenapa Kerajaan BN tewas secara mengejut di Pulau Pinang. Sedangkan rekod BN adalah amat cemerlang dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai antara negeri yang terkaya dan maju di MALAYSIA. Tetapi BN kalah pada PRU 12 di Pulau Pinang. 
Punca-Punca Kekalahan BN 


1. kekalahan " tanpa kerusi " oleh Gerakan dan MCA adalah berpunca daripada sentimen emosi protes majoriti pengundi-pengundi PRU 12 terhadap "janji tidak ditepati" oleh Kerajaan BN

2. "ditambah nilai kebencian " dan " anti UMNO " yang terlalu ekstrim yang di pupuk oleh DAP dan Guan Eng sejak september 2007 hingga semasa berkempen dalam PRU 12. 


Nasib Pulau Pinang?

PRU 13 menjelang tiba, Guan Eng dan DAP yang sekarang ini mempunyai 19 kerusi DUN majoriti pengundi-pengundi masih amat yakin yang 19 kerusi ini tetap akan menjadi milik DAP dan tidak boleh digugat oleh Gerakan ataupun MCA. Ini bermakna Guan Eng dan para strategist DAP telah melakukan semua langkah-langkah strategi "untuk mengekalkan kuasa" di 19 DUN tersebut dengan strategi "memberi dan menerima" di DUN-DUN tersebut selama 5 tahun mereka berkuasa. 


Sumbangan BN?

Tetapi sejak 5 tahun, BN Pulau Pinang dan Perdana Menteri cuba menyedarkan minda pengundi-pengundi Pulau Pinang supaya kembali berfikir bahawa kesejahteraan yang di rasai sekarang adalah warisan dan hasil usaha daripada dasar-dasar kerajaan BN terdahulu. Oleh itu rakyat Pulau Pinang terutamanya para pengundi boleh merasa nikmat dan kesejahteraannya pada masa ini dan pastinya janji BN Pulau Pinang akan terus membina Pulau Pinang yang sejahtera dengan pembangunan yang berstruktur sekiranya BN kembali memerintah Pulau Pinang.
Pengundi-pengundi Pulau Pinang wajib berfikir dan membuat pertimbangan, nikmat pembangunan di Pulau Pinang yang akhirnya mendorong kepada kesejahteraan ekonomi Pulau Pinang adalah kerana dasar-dasar jangka panjang Kerajaan BN terdahulu. Nama-nama pemimpin besar BN seperti Tun Lim Chong Eu dan Tan Sri Koh Tsu Koon adalah arkitek pembangunan Pulau Pinang bukannya Guan Eng. Guan Eng hanya menjadi penerus kepada landasan yang telah sedia ada. 


Sumbangan DAP/PKR?

Pengundi-pengundi di Pulau Pinang perlu berfikir sejenak, sejak 5 tahun yang lepas apakah landasan baru yang di bawa oleh Guan Eng ? Adakah CAT, Laluan Bawah Laut ataupun dasar jimat kerajaan negeri adalah sebagai landasan baru DAP? Masihkah pengundi-pengundi Pulau Pinang ingat janji-jani Guan Eng dan DAP sebaik saja memenangi PRU 12? Jawapannya ialah "janji tidak ditepati " oleh Guan Eng.
 Sekiranya pembinaan laluan bawah laut yang menjadi agenda Guan Eng untuk menyelesai masalah kesesakan jalan raya, sedangkan pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua belum beroperasi tapi kajian sudah boleh membuktikan Jambatan ini boleh selesaikan masalah tersebut, jadi apa perlunya laluan yang kosnya cukup tinggi dan membazir serta mengancam alam sekitar dibina. Kata Teng (Pengerusi BN Pulau Pinang) -" The direction of the state is actually aimless. They dont have any policy or blue print for Penang "(NST 10/6/2012). Oleh itu Guan Eng dan DAP sentiasa mempunyai dilema dalam setiap tindakan mereka.


Masihkah Ada Masa Depan?

Realitinya kepada pengundi-pengundi di Penang terutamnya pengundi berbangsa Cina adalah Guan Eng dan DAP sedang bermain strategi politik dalam survival mereka di Pulau Pinang. Mereka bermain politik dalam dasar CAT, yang telus kepada syarikat-syarikat gergasi tertentu sahaja yang juga boleh dipersoalkan tindakan mereka. Dasar Jimat cermat Kerajaan Negeri yang tidak mahu berbelanja untuk pembangunan rakyat yang akhirnya menyusahkan rakyat dan ini bukan dasar yang baik kerana membiarkan rakyat menangung penderitaannya. Mungkin dasar kerajaan Guan Eng ialah untuk mengurang difisit tapi impaknya rakyat yang tanggung masalahnya. Tetapi sekiranya peruntukan diberi untuk berbelanja kepada pembangunan rakyat sudah pasti ia dapat mengurang masalah rakyat. Barulah ialah adalah dasar berbelanja yang berhemat seperti apa yang pernah di buat oleh Ketua Menteri BN dahulu. 

Tindakan Bijak?

Para pengundi-pengundi di Pulau Pinang perlu ingat bahawa Guan Eng dan DAP cuba bermain " mind game " dengan mereka. Ini kerana apabila Guan Eng dan DAP sudah memasuki "tempoh" nyawa-nyawan ikan, baru mereka mula mengistiharkan yang Kerajaan DAP dan Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan melaksanakan projek mega seperti "The Undersea Tunnel", Jalan Lebuhraya di Pulau Pinang (kedua-dua projek yang kos masih kita keliru samada RM 8 billion atau RM 6.3 billion ataupun RM 4.8 billion ) dan pengumuman untuk Projek "The Penang Paradigm 2013-2023. Semua program ini di umumkan diambang PRU 13. Persoalannya kenapa Guan Eng dan DAP tak umumkan pada tahun 2008 sebaik saja mereka menang ataupun pada 2009 selepas setahun mereka menang PRU 12. Inilah kelemahan ketara Kerajaan Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.
Semua analisa tadi, jelas bercorak dan bermatlamatkan politik Guan Eng dan DAP yang cuba mempertahan survival untuk terus bertapak di Pulau Pinang. Para pengundi perlu tahu dan perlu ingat bawa kunci pembangunan Pulau Pinang masih seperti pasaran saham yang boleh naik dan boleh turun bila-bila masa. Kerajaan Pulau Pinang bukan nya yang menyimpan kunci pembangunan tersebut. Tetapi yang menyimpannya masih lagi kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang menjadi penjaga gate nya (gate keeper) yang akan menentukan pembangunan Pulau Pinang. Mereka perlu ingat banyak projek-projek besar di Pulau Pinang adalah projek Kerajaan Persekutuan yang lakukan dan Kerajaan Persekutuan tidak melakukan diskriminasi kepada rakyat Pulau Pinang walaupun majoritinya memilih DAP dan Pakatan Rakyat. Sebagai renungan kepada PARA PENGUNDI PULAU PINANG kita petik kata-kata Teng Pengerusi BN Pulau Pinang - " I have a vision for developing Penang " dan " The previous leadership has laid the foundation and we will buil on it" (NST 10/6/2012) . Persoalannya perlukah pengundi-pengundi memilih Guan Eng, DAP dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 atau perlukah Pengundi-pengundi mengekalkan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan Negeri selepas PRU 13 selepas kegagalan mereka.